Tahukah
anda bahawa air paip yang diminum dan digunakan sejak sekian lama, adalah salah
satu penyebab barah yang utama? Ini bukanlah satu fakta baru yang mengejutkan.
Para saintis telah mengkaji mengenai air paip yang dirawat menggunakan "klorin"
dan kesannya terhadap hidupan.
Seorang
saintis bernama Dr. Herbert Schwartz menulis - "Klorin sangat berbahaya.
Ia patut diharamkan!! !!!. Menambah klorin ke dalam air sama seperti memulakan
satu bom jangka dan membuatkan kita tua sebelum masanya dengan munculnya
bermacam-macam simptom penyakit."
Air
paip tidak sekadar mengandungi klorin, tetapi terlalu banyak bahan tercemar
terkandung di dalam air dan berpuluh-puluh jenis racun seperti arsenik, ubat
gegat, plumbum, raksa dan banyak lagi keladak
daripada
baja, racun serangga, racun rumpai dan bahan buangan industri. Pendeknya,
jumlah kompoun yang terdapat di dalam air, secara langsung atau tidak langsung,
adalah menghairankan. Di US, lebih 2100 bahan organik dan bukan organik telah
dikenal pasti dalam air paip yang disalurkan ke rumah-rumah. Daripada jumlah
itu, 190 daripadanya telah disahkan memberi kesan kepada kesihatan.
Penyakit
yang datang daripada air tercemar amat banyak!!!!. Telah terbukti akhir-akhir
ini, air menjadi salah satu penyebab utama kepada lebih daripada 30 jenis
penyakit termasuk barah, asthma, diabetis, bisa tulang dan lain-lain. Untuk
menjamin tubuh badan yang sihat, tidak memadai sekadar meminum air yang
mencukupi setiap hari, tetapi air tersebut hendaklah berkualiti dan tidak
mengandungi bahan-bahan beracun.
Seorang
pakar motivasi kesihatan yang tidak asing lagi di negara kita, air memberi
kesan yang cukup ketara terhadap kesihatan seseorang itu. Beliau yang pernah
menghidap barah darah (Non-Hodgkins
Lymphoma)
beberapa ketika dahulu mendapati, pengambilan air yang berbeza memberi kesan
yang berbeza terhadap kesakitan yang dialaminya setiap hari. Sebagai pakar
motivasi kesihatan yang sentiasa
mengamalkan
gaya hidup sihat, beliau menyedari bahawa air paip yang digunakan sebagai air
minuman sejak sekian lama itulah yang menjadi sebab utama kepada penyakit barah
yang dihidapinya.
"Semasa
menjalani sesi kimoterapi, saya amat sensitif kepada jenis air yang saya ambil.
Ketika itu saya terpaksa mencari air yang tiada 5K (klorin, karat, kuman, kimia
dan kotoran) untuk menjamin agar sel-sel
badan saya sentiasa sihat.
Terdapat
pelbagai jenis air untuk kesihatan yang terjual di pasaran negara kita.
Misalnya air mineral, air RO (reverse osmosis), air oksigen, air beralkali di
samping pelbagai jenis dan bentuk penapis air yang berfungsi meningkatkan
kualiti air tersebut. Sebagai
pengguna,
kita harus bijak memilih air yang terbaik untuk 'mandian' sel-sel di dalam
tubuh kita yang sentiasa dahagakan air. Air yang rendah kualitinya tidak dapat
memberi tenaga kepada tubuh, sehingga
menjadikan
seseorang itu berasa lemah, hilang semangat, mengantuk, lembab dan malas.
"Kita
tak sedar selama ini bahawa sel-sel tubuh kita sengsara kerana tidak mendapat
air yang berkualiti. Air yang diminum mestilah yang terbaik. Ia mestilah
bersih, tulen dan menyihatkan. Ia juga harus memulih, memperbaiki dan membantu
mengekalkan kesihatan tubuh badan," dan menyarankan agar setiap rumah
menyediakan penapis air yang baik, dan menganggapnya sebagai satu keutamaan
yang perlu diberi perhatian.
"Pada
zaman moden ini, kebanyakan rakyat kita sudah mampu menyediakan pelbagai
peralatan dan kemudahan di rumah seperti televisyen, telefon
bimbit,
kereta dan sebagainya. Oleh itu tidak ada sebab mengapa mereka tidak boleh
menyediakan kemudahan untuk kesihatan. Tidak sepatutnya kita menunggu sakit,
baru hendak mencari penawar. Sebelum sakit, kita perlu menghindarinya. Kalau
sudah sakit, kita terpaksa mengeluarkan kos yang lebih tinggi dan tidak
menjamin sihat sepenuhnya di samping menyakitkan, " ujar beliau.
Beliau
menyedari bahawa kebanyakan rakyat Malaysia kurang bersenam dan tidak mengambil
berat tentang kesihatan. Oleh itu, pada masa ini beliau giat berkempen agar
rakyat Malaysia mengambil air yang berkualiti
untuk menjamin kesihatan yang baik, kerana air merupakan keperluan utama yang
tidak boleh diabaikan.
Oleh itu merilah kita bersama sama menjaga kesihatan kita dan keluarga yang kita sayang... semoga dengan penjelasan dari atikel ini dapat membantu kita hidup lebih sihat.